TEMPAHAN BILIK SECARA ONLINE DEWAN MALAYSIA AUSTRALIA

PENGUMUMAN

Bermula 1 Januari 2015, Education Malaysia Australia (EMA) akan melaksanakan permohonan tempahan bilik secara online. Perkhidmatan ini adalah terpakai bagi tempahan bilik untuk semua Dewan Malaysia Australia termasuk Sydney,Melbourne dan Perth. Walaubagaimanapun sistem tempahan online  ini masih lagi diperingkat pengujian. Sasaran pelaksaan penuh tempahan secara talian ini dijangka pada awal Mac 2015.

Borang dalam talian boleh dilihat/diisi melalui link di berikut : http://www.ema.org.au/v2/?page_id=12029

Anda WAJIB membaca semua peraturan dan kadar bayaran sebelum mengisi borang atas talian. Sebarang kecuaian jika tidak membaca peraturan dan kadar bayaran adalah atas tanggungjawab sendiri.

Semua borang permohonan sebelum ini yang dicetak dari laman web Education Malaysia sudah tidak digunakan dan permohonan selepas ini hanya boleh dibuat atas talian sahaja. Permohonan melalui borang lama dan faks tidak lagi diguna pakai.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pembantu Warden Dewan Malaysia Australia:

Sydney
Mrs. Norhani Mohd. Yunus
Pembantu Warden
Tel.: (02) 9399 9970
Fax: (02) 9398 5535
E-mail: myhallsydney@ema.org.au

Melbourne
Mrs. Norliza ALI WEE
Pembantu Warden
Tel.: (03) 9529 4507
E-mail: myhallmelbourne@ema.org.au

Perth
Khidzairy Zainal Abidin
Atase Pendidikan
Email: myhallperth@ema.org.au

You may also like...