Queensland telah mengeluarkan satu amaran kuning di kawasan berikut:

Assamualaikum w.r.b.t. dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada berita terkini mengenai Taufan Debbie. Pihak berkuasa Queensland telah mengeluarkan satu amaran kuning di kawasan berikut:
Cardwell to St Lawrence including Townsville, Mackay, and the Whitsunday Islands, and inland including Charters Towers, Pentland, Collinsville, and Mount Coolon.
Oleh yang sedemikian semua pelajar dan rakyat Malaysia di daerah berkenaan, dinasihatkan supaya kekal tenang dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Berikut saya sertakan langkah2 semasa menghadapi bencana yang telah digariskan oleh pihak KPT (butiran penuh dalam bentuk pdf boleh didownload):
i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon,
sistem pesanan ringkas atau arahan daripada pihak berkuasa untuk
berpindah.
ii. Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan Education Malaysia/Perwakilan/Kedutaan.
iii. Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti dan
iv. Simpan dokumen penting seperti pasport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang
penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu. Sebarang info tambahan daripada warga PPMQ amat digalakkan dan boleh dikongsi di dalam ruangan komen supaya maklumat tersebut dapat dimanfaatkan.
EMA: En. Mohd Khidzairy (+61419-932758)
Latest update from BOM: http://www.bom.gov.au/products/IDQ65002.shtml
Live Radar Data: http://www.bom.gov.au/australia/meteye/
Sekian,
Presiden PPMQ 2017/2018.
 
Kredit tu : Shazril Idris

You may also like...