Permohonan Menjadi Residen Dewan Malaysia Australia (Sydney,Melbourne,Perth) – Semester 2/2017

Permohonan sebagai Residen di Dewan Malaysia Australia (Sydney, Melbourne & Perth) kini telah dibuka bagi kemasukan semester 2 2017/18.

  • Permohonan bagi Residen semasa: 24 Mei-24 Jun 2017
  • Permohonan baru: Sepanjang masa ( berdasarkan kekosongan bilik)

Permohonan baru dibuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang menuntut di Australia terutama pelajar tahun pertama yang bakal memulakan pengajian di negara ini mahupun kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian (Tahun Akhir). Kepada yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan Dewan Malaysia Australia yang berkenaan (Sydney, Melbourne atau Perth) dengan memuat naik borang di talian di www.ema.org.au.
Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan-peraturan Dewan Malaysia Australia sebelum mengisi borang. Sila lengkapkan borang berkenaan dan sertakan bersama dokumen-dokumen yang berkaitan.
Keputusan pemohonan akan dimaklumkan melalui e-mel.

Borang permohonan, peraturan menghuni serta syarat-syarat boleh dimuat turun dari laman Dewan Malaysia:

You may also like...