Peraturan transit di Dewan Malaysia Australia

  1. Pemohon hendaklah mematuhi semua peraturan dan disiplin Dewan Malaysia.
  2. Pihak Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia berhak mengambil sebarang tindakan sekiranya penghuni melanggar peraturan yang telah ditetapkan, atau cuba mempengaruhi mana-mana pihak, atau mewujudkan perkara-perkara yang boleh menganggu atau menimbulkan masalah kepada penghuni atau pentadbir Dewan Malaysia ataupun mana-mana pihak.
  3. Tempoh penginapan sementara (transit) tidak melebihi 2 minggu hanya untuk pelajar yang sedang mencari penginapan tetap atau telah tamat pengajian.
  4. Penginapan untuk tujuan-tujuan lain hanya maksima 6 hari atau melebih had tempoh boleh dipertimbangkan dengan kelulusan khas pihak Education Malaysia Australia (EMA). Permohonan mestilah disokong dengan dikemukakan surat arahan bertugas dari Ketua Jabatan atau surat dari pihak Universiti. (tertakluk kepada kekosongan bilik).
  5. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan ONLINE.
  6. PENTING: Pelajar yang berkahwin dan membawa pasangan, perlu menyertakan salinan kad nikah bersama permohonan.
  7. Semua bayaran mestilah dijelaskan semasa daftar masuk. Hanya bayaran tunai matawang AUD$ sahaja diterima semasa pendaftaran masuk.
  8. Segala pembatalan penginapan mestilah dibuat tidak kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh masuk dan tuntutan bayaran akan dibuat jika pemohon gagal berbuat demikian.
  9. Semua Penginap adalah dikehendaki membuat bayaran cagaran sewaan bilik AUD$100.00 setiap permohonan dan cagaran kad/pas keluar masuk dewan sebanyak AUD$100.00 setiap kad Wang cagaran akan dikembalikan semasa daftar keluar (tertakluk kepada perkara 10 Syarat dan Peraturan ini). Wang cagaran kad tidak akan dikembalikan sekiranya kad hilang.
  10. Pembayaran cagaran perlu dibuat atas nama Consulate of Malaysia melalui bank draf/money order/tunai, dimana;
    • Sejumlah AUD$200 bagi tujuan cagaran setiap bilik.
  11. Penginap dikehendaki membayar caj perkhidmatan bilik AUD$15.00 bagi setiap penginap masa pendaftaran. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya penginap telah melanggar peraturan kebersihan dewan atau kerosakan akibat dari kecuaian penginap.
  12. Masa daftar masuk (check-in) adalah mulai jam 2.00 petang hingga 9.00 malam. Masa daftar keluar (check-out) pada jam 11.00 pagi. (SEBARANG KELEWATAN AKAN DIKENAKAN PENALTI – TAMBAHAN CAJ DENDA AUD50/JAM) (mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan Dewan).
  13. Pihak Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan harta benda peribadi penginap semasa menginap di Dewan Malaysia.
  14. Di atas faktor bilangan bilik yang terhad, pihak Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia berhak mengatur dan menukar mana-mana penempatan penghuni di Dewan Malaysia. Tiada bilik ‘single’ disediakan.
  15. Talian internet percuma tidak disediakan. Semua urusan pertanyaan mengenai talian internet perlu dibuat dengan Pengurusan Dewan Malaysia.
  16. Pihak Pengurusan Dewan Malaysia tidak menyediakan peralatan bilik air. Servis berbayar bagi perkhidmatan tuala mandi disediakan.
  17. Pihak Education Malaysia Australia (EMA) dan Pengurusan Dewan Malaysia berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang alasan bertulis.