Peraturan residen di Dewan Malaysia Australia

  1. Pemohon hendaklah mematuhi semua Peraturan dan Disiplin Dewan Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Education Malaysia Australia dan menandatangani “Surat Aku janji” sebagai Residen Dewan.
  2. Setiap Permohonan Residen yang diluluskan adalah untuk semester berkenaan sahaja. Semua Residen perlu “check out” pada akhir setiap semester dan mengemukakan permohonan baru jika ingin menginap semula di Dewan Malaysia.
  3. Residen adalah diwajibkan menghadiri semua Mesyuarat/Taklimat Dewan anjuran Education Malaysia Australia (EMA) dan Mesyuarat/Taklimat Kelab Residen Dewan Malaysia (Malaysia Hall Resident Club – MHRC).
  4. Residen Dewan Malaysia hendaklah melibatkan diri dan memberikan kerjasama secara kolektif dalam semua aktiviti yang di anjurkan oleh Education Malaysia Australia (EMA) dan MHRC.
  5. Pihak Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia berhak mengambil sebarang tindakan serta merta sekiranya Residen melanggar dan/atau ingkar dengan peraturan yang telah ditetapkan,  atau cuba mempengaruhi mana-mana pihak, atau mewujudkan perkara-perkara yang boleh mengganggu atau menimbulkan masalah kepada Residen/Penginap atau Pentadbir Dewan Malaysia ataupun mana-mana pihak.
  6. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kebersihan bilik serta Dewan Malaysia secara keseluruhan. Residen dilarang memakan dan memasak makanan di dalam bilik penginapan.
  7. Semua bayaran dalam nilai matawang AUD$ sahaja. Semua bayaran mestilah dijelaskan sebelum daftar masuk dan membayar sewaan bilik pada setiap awal bulan.
  8. Cagaran akan dipulangkan setelah tamat tempoh sebagai Residen Dewan Malaysia. Residen hendaklah mengemukakan tuntutan bayaran balik wang cagaran dengan mengisi borang yang ditetapkan (berserta resit asal dan penyata bank) dalam tempoh 14 hari (2 minggu) sebelum tamat tempoh /tarikh akhir sebagai Residen Dewan Malaysia. Sekiranya kehilangan resit asal, pengakuan bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah) perlu disertakan.
  9. Kadar sewaan sebagai Residen Dewan setiap orang (satu malam) adalah adalah seperti berikut:
    • AUD$6.00 (Ijazah Pertama)
    • AUD$8.00 (Ijazah Lanjutan)
  10. Pembayaran cagaran perlu dibuat atas nama Consulate of Malaysia melalui bank draf/money order/tunai, dimana;
    • Sejumlah AUD$200 bagi tujuan cagaran setiap bilik.
  11. Pihak Education Malaysia Australia akan mengurus dan membayar balik wang cagaran Residen selepas tarikh akhir Pelajar menjadi Residen dewan dan tertakluk kepada perkara no. 9 & 10 Syarat dan Peraturan ini.
  12. Caj tambahan (berdasarkan nilaian perkhidmatan atau barangan semasa) akan dikenakan sekiranya Residen telah melanggar peraturan kebersihan Dewan Malaysia atau kerosakan akibat dari kecuaian Residen.
  13. Pihak Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan harta benda peribadi Residen semasa menginap di Dewan Malaysia.
  14. Residen mestilah membayar kos penyediaan makan ke Penender Kantin/Kafeteria mengikut kadar yang ditetapkan dalam Tawaran Sebutharga Kafeteria/Kantin Dewan.
  15. Residen yang tidak menginap di Dewan Malaysia sewaktu dalam pengajian semester kerana membuat lawatan/kajian luar perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan Education Malaysia Australia (EMA)/Dewan Malaysia dan memohon pengecualian bayaran makanan.
  16. Pihak Education Malaysia Australia (EMA) dan Pengurusan Dewan Malaysia berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang alasan bertulis.
%d bloggers like this: