Program Iftar Perdana 2015 / 1436H

Program Iftar Perdana 2015 / 1436H

(Kerjasama antara Education Malaysia Australia & Malaysia Student Organisations (MSOs) di Australia Selatan bawah kelolaan MyPSA SA 2015/2016)

Tarikh : 4 Julai 2015

Waktu : 4.30 pm – 9.30 pm

Tempat : Dewan Bradford Lodge

46 Watson Ave, Rose Park SA 5067

Jemputan : 120 orang

Anggaran Kehadiran : 80 – 90 orang

1) LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Iftar Perdana sempena bulan Ramadan 1436H anjuran MyPSA (SA) ini merupakan program sulung bagi sesi pengajian 2015/2016 di bawah pucuk pimpinan baru MyPSA yang telah dilantik baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pelajar-pelajar Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang bekerja mahupun yang bermaustatin di Australia Selatan. Program ini juga bertujuan untuk menambahkan lagi penghayatan para hadirin dalam pengisian bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan.

2) PERJALANAN PROGRAM

Pengisian yang telah dijalankan sepanjang program Iftar Perdana adalah seperti berikut:

4.00 pm : Persediaan Dewan Bradford Lodge

4.30 pm : Ketibaan para tetamu / tetamu khas jemputan

5.00 pm : Ucapan alu-aluan oleh Pengurus Program, Saudara Amzar Azmi

5.15 pm : Majlis berbuka puasa

5.30 pm : Solat Maghrib berjemaah

5.50 pm : Jamuan makan

6.45 pm : Solat Isyak dan Tarawih berjemaah

8.15 pm : Ceramah (Pengisian Bulan Ramadhan) oleh Y.Bhg Dr Tiqar

9.10 pm : Jamuan ringan

9.30 pm : Bersurai / Pengemasan Dewan

3) KESIMPULAN

Secara keseluruhan, program Iftar Perdana berjalan dengan lancarnya dan objektif serta tujuan penganjuran program berjaya dicapai. Program ini sangat istimewa kerana penganjurannya adalah hasil kerjasama daripada semua persatuan pelajar-pelajar di Australia Selatan termasuklah ISMA, UMNO, MASCA yang diketuai oleh MyPSA SA sendiri. Kerjasama yang terjalin ini adalah dari segi usaha promosi program, penyediaan makanan, perkongsian dana peruntukan dan lain-lain.

Selain daripada itu, jumlah kehadiran pada program ini agak rendah berbanding jumlah jemputan yang diedarkan. Ini adalah disebabkan oleh minggu peperiksaan yang masih berlangsung dan terdapat juga pelajar yang sudah pulang ke Malaysia untuk cuti hari raya. Walaupun begitu, kerjasama yang ditunjukkan oleh para hadirin sangatlah memuaskan sehingga program berjaya dijalankan dengan sempurna.

%d bloggers like this: