Malaysian Postgraduate Students’ Association – New South Wales (MyPSA – NSW) 2015/2016

Program Bengkel Penulisan Tesis Cepat Dan Pengurusan Artikel Bersama

Dr. Othman Talib, 2-3 Mei 2015

Program dua hari bersama Dr. Othman Talib di dalam Bengkel Penulisan Tesis Cepat Dan Pengurusan Artikel telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 100 % daripada 33 orang peserta. Para peserta bengkel terdiri daripada beberapa universiti di sekitar New South Wales seperti The University of New South Wales, The University of Sydney, The University Technology of Sydney dan The University of Woollonggong. Disamping itu, kehadiran peserta dari The Universiti of Adelaide merupakan antara peserta yang paling jauh menyertai bengkel dua hari ini. Program bermula dengan bacaan doa dan telah di rasmikan oleh Pengarah Education Malaysia Australia (EMA), Pn. Suzzaini Abdullah. Interaksi dua hala diantara para peserta dan Dr. Othman Talib telah menjadikan program ini lebih bermanfaat dan bermakna. Teruja dengan pelbagai ilmu yang dikongsikan oleh Dr. Othman Talib, beberapa peserta telah mengambil inisiatif untuk berkongsi secara peribadi hasil penulisan masing-masing dan telah mendapat pandangan yang konstruktif dari Dr. Othman Talib. Selain dari aktiviti ilmiah yang dijalankan, Dr. Othman sekeluarga juga telah diraikan oleh para pelajar pasca-siswazah dengan jemputan makan malam di rumah salah seorang wakil pelajar. Perkongsian pengalaman peribadi beliau semasa menyambung pengajian di The University of Adelaide dahulu telah menjadikan sesi ramah mesra bersama beliau lebih santai dan merupakan ‘bonus track’ kepada peserta yang hadir. Majlis penutupan bengkel telah di sempurnakan dengan pemberian sedikit cenderahati kepada Dr. Othman Talib dan telah disampaikan oleh wakil EMA iaitu En. Mohamed Khidzairy Zainal Abidin.

Secara keseluruhannya, program ‘Bengkel Penulisan Tesis Cepat Dan Pengurusan Artikel’ bersama Dr. Othman Talib telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kehadiran beliau telah mampu menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk lebih optimis dengan penulisan masing-masing. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang sebagai salah satu dari ‘support system’ untuk para pelajar yang sedang menyambung pengajian mereka di bumi Australia ini. Semoga segala usaha yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada yang terlibat dan diberkati olehNya.

OBJEKTIF

1. Membantu para pelajar menguasai teknik penulisan berkesan melalui pelbagai kaedah mudah.
2. Mendedahkan kepada pelajar mengenai aspek ‘Litereture Review Kritis’ yang menjadi antara topik
penting di dalam tesis.
3. Membantu pelajar menguasai teknik pengurusan jurnal secara sistematik
4. Memperkasakan pengetahuan pelajar mengenai aplikasi Advance Microsoft Word
5. Membantu pelajar menguasai teknik statistic berkesan
6. Merapatkan jurang ukhwah sesama pelajar, pegawai-pegawai serta komuniti masyarakat di sekitar
NSW.
7. Mendapatkan peruntukan sewajarnya dari Pihak Education Malaysia bagi menjayakan program ini.

KUMPULAN SASARAN

a. Pelajar pasca-siswazah yang menyambung pelajaran di peringkat Master dan PhD.
b. Pelajar yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan tesis penyelidikan.
c. Pelajar yang ingin menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
d. Sesiapa yang berminat di dalam bidang penulisan ilmiah.

 

JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa MyPSA telah memutuskan dan melantik satu jawatankuasa program untuk menguruskan hal-hal berkaitan program seperti berikut:

Penasihat : Education Malaysia Australia
Pengarah : Mohd Fairus Kayat
Setiausaha : Nurul Ikhmar Ibrahim
Bendahari : Ili Jamil
AJK (urusan peserta): Muhammad Zaki Zainuddin
AJK (urusan tempat program diadakan): Mohd Hafizy Mohd Isa
AJK (tugas-tugas Khas pada hari program): Semua AJK MyPSA.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak Ahli Jawatankuasa MyPSA yang baru
sesi 2015/2016 iaitu:

  • Muhammad Daaniyall Abd Rahman
  • Nor Hidayaty Kamarulzaman
  • Amah Syahrul Anuar Saidi
  • Ariff Izuddin Zakaria
  • Eti Mounissa Mohd Mardzi
  • Mariaulpa Sahalan
  • Siti Aisyah Tumiran
  • Hana Abdull Halim
  • Mohd Izraq Ismail
  • Mohd Azzuan Ahmad

TENTATIF PROGRAM

Program pada masa, tarikh dan hari seperti berikut:
Tarikh : 2 – 3 May 2015
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 9.00 – 4.00 petang
Tempat : Malaysia Hall Sydney

Hari pertama (2 May 2015)

8.30 a.m. – 1030 a.m. Pengenalan Penulisan Tesis dan Penyelidikan
10.30 a.m. – 1045 a.m. Minum pagi
10.45 a.m. – 1.00 p.m. Research Framework, Mendeley
1.00 p.m. – 2.00 p.m. Makan tengahari / Solat
2.00 p.m. – 3.30 p.m. z-draft, KOT, RFOT, SROT,
3.30 p.m. – 3.45 p.m. Afternoon Tea Break
3.45 p.m. – 5.30 p.m. Doc map / navigation pane

Hari kedua (3 May 2015)

8.30 a.m. – 1030 a.m. Literature Review kritis
10.30 a.m. – 1045 a.m. Minum pagi
1045 a.m. – 1.00 p.m. SPSS Transforming data, Questionnaire & SPSS, EDA, Correlation Analysis, AMOS
1.00 p.m. – 2.00 p.m. Makan tengahari / Solat
2.00 p.m. – 3.30 p.m. SPSS Transforming data, Questionnaire & SPSS, EDA, Correlation Analysis, AMOS
3.30 p.m. – 4.00 p.m. Perbincangan dan soal jawab

 

 

This slideshow requires JavaScript.

 

%d bloggers like this: