top of page

PROGRAM FELO PERDANA DAN FELO KORPORAT TAHUN 2019 KEPADA PELAJAR MALAYSIA LUAR NEGARA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melaksanakan Promosi Program Felo Perdana dan Felo Korporat 2019. Program ini merupakan usaha kerajaan untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan negara daripada kalangan pemimpin pelajar di dalam dan di luar negara. Tahun 2019 merupakan tahun ke-7 pelaksanaan Program Felo Perdana dan sehingga kini, seramai 460 orang peserta Program Felo Perdana yang terpilih telah ditempatkan di pejabat Menteri Kabinet bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada Felo mengenai urus tadbir negara. Bagi Program Felo Korporat, peserta akan ditempatkan di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat terpilih untuk memberi pendedahan kepada Felo mengenai urus tadbir korporat di Malaysia.


Permohonan Program telah dibuka mulai 27 Mac 2019 dan ditutup pada 29 April 2019 melalui capaian di http://myfelo.kbs.my.





7,658 views0 comments
bottom of page